Monday, October 5, 2009

harga rokook naik lagi!!!!!!


ni tadi dengar kat berita harga rokok naik sebatang 1 sen so kepada perokok kat luar sane
ingat2 la kurang2kan la menghisap rokok..
ingat rokok da naik lorrrrr

seb baik la mard tak isap rokok huhuhuh... rokok ni byk mendatangkan bnyak keburukkan
ape la yang ade pada rokok ni??
mendatangkan keseksian?? kemachoan?? kegagahan??? dan mcm2 lagi.. btul ker?? tipu jee tu jgn terpedaya bahaya..

rokok byk bahan kimia yang boley membunuh manusia secara perlahan lahan so ingat la org tersayang...Kira-kira 5.5 trilion rokok dihasilkan secara global pada setiap tahun dan dihisap oleh lebih 1.1 bilion penduduk atau lebih besar daripada satu per enam bagi penduduk dunia. Manakala kadar-kadar merokok telah mendatar atau menurun di negara-negara maju, mereka terus naik di bahagian yang sedang membangun dalam dunia. Kadar merokok di Amerika Syarikat telah jatuh separuh dari 1965 hingga 2006 jatuh daripada 42% ke 20.8% untuk orang dewasa. Dalam pembangunan dunia, penggunaan tembakau sedang meningkat 3.4% pada setiap tahun


Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan busa serabut sintetik yang berfungsi untuk menyaring nikotin.

Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantung. Kebelakangan ini, bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai dengan pesanan kesihatan yang memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan akibat merokok, misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung.


so jauhi la rokok..... huhuhuhu say no to rokok...





Friday, October 2, 2009

ape yang harus aku buat???

mcm ni mard ni ade sejenis perasaan pelik suke pikir bukan2 pasal si dia.....
entah la dia study di universiti yang terkemuka baru jer mule knal..
mard ni suke pkir yang bukan2 maklumla takut dye ader yang punya..
sape tak mahu pasangan berlaku curang kat kite kan.. mard penah ckp kat
die yang mard ader perasaan mcm tu but dye just nasihat jgn pikir bukan2

mcm ne nak buang perasaan tu erk huhuh.... x kesah r korang nak kate aper
tapi mard terima jer sape2 nak komen.. yang baik or yang buruk advise korang
mard akan pikir pikirkan kesian kat dye gak tekanan study lagi tekanan persatuan
dye lagi byk gak masalah dye..

tapi masalah yer dye pon ader perangai yang mard blom kaji lagi pasal dye huhuh
lau mard kate kat dye mcm something jeles dye akan wat bodoh dye mlas nak pkirkan
pasal ni kate dye buang mase n mlas nak layan pekara yang remeh temeh... tapi yang pekare
remeh temeh tu yang akan jadi bad hapen kot.. maklomlah org ye ni matured huhuhu

mard memang nak knal gan dye tapi tu laaa suke pikir bukan2 ader je yang tak betul
lau dye bace blog ni hope dye tak marah laa ni just luahan hati.. dye buat mard senyum
huhuhuhuhu insyaallah... xkesah la hope lau mard sedey or gembira mard nak dye tau n share ape yang tak puas hati....

hope dye byak beri advise n sokongan pada mard.. thanks pada dye sudi kawan gan mard
mard tak akan lupe jasa dye pada mard huhuhuhuhuhuu
happy always

Thursday, September 17, 2009

raye tibe lagi

selamat hari raya mard ucapkan kat sume
salah an silap harap dimaafi dari hujungg rambut hingga hujung kaki
mesti persiapan raye dah siap kan hatikorang sume mesti teringat kg halaman
dan sejarah silam mase kecik2.

terkenang mase kecik2 dapat duit raye, pastu rase2 tak cukup sanggup berjalan jauh g beraye umah orang bedal je masuk x knal pon wat2 knal. nak duit raye punya pasal huhuhuhuh. sanggup dr awl pagi hingaa la ke petang tak balik pon rase tak pe nak duit raye punye pasal
huhuu.
tapi raya2 gak kesihatan pon kene jage jgn nk mkn sampai tak ingat dunia..
tapi kite kene ingat org susah yang tidak berkemampuan beraye tanpa barang2 seperti kita
org2 tua yang tidak dapat kasih sayang ank2. cube kita bayangkan sejenak lau satu hari kita dah jadi tue ank2 kite yg ditatang bagai minyak yg pnuh tu hantar kita kat umah org2 tue kite beraye mcm tu per perasaan korang... secara moral yer ingat org tue dan ingat la org yng susah

ingat la org yg ter sayang.... selamat hari raya maaf zahir batin....










Friday, September 4, 2009

knaper erk sebuah percintaan
mesti mengundang kesakitan
bler cinta tak diterima
ape perasaan yg terjadi
mesti sakit kan...

mcm ne nk wat kite lebih berhati supaya ia lebih selamat??
tu la susah nk jadikn ia btul2 paham

Wednesday, September 2, 2009

rayee!!!

arghhh tension!!!!!!
raye da nk dekat
satu per pon x wat lg
baju x bli
x prepair per pon mls yerrrr
boringg yer
mlssss nk raye
tp dengar lgu raye hadoi da x tahann cedey yerrr....

Thursday, August 20, 2009

madah cinta paling hangat


Kata-kata cinta yang puitis dan indah sememangnya mampu memberikan impak kepada perhubungan yang terjalin. Walaupun ringkas, madah cinta selalunya mempunyai maksud yang mendalam apabila diperhalusi.

Jika suatu ketika dahulu kata-kata seperti HACKS (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) atau CINTA (Cinta Itu Nikmat Tapi Awas!) cukup popular di kalangan remaja yang bercinta, kini disenaraikan pula 15 madah cinta yang dikatakan paling hangat sepanjang tahun ini.

Jika anda tidak mempercayainya, apa kata kamu cuba tujukan madah-madah cinta ini kepada insan yang kamu sukai dan lihat respon yang diberikannya. Jika si dia tersenyum sambil menatap wajah anda, itu bermakna kamu berjaya menyentuh hatinya.

1. Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi ia tidak pernah berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

2. Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, kerana akhirnya anda akan catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dimindamu itu sekarang selagi dia mampu mendengar dan tersenyum kepadamu.

3. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Selepas menemui insan yang tepat itu, sudah pasti kita akan mengucapkan terima kasih di atas kurniaan yang tidak terhingga itu.

4. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak lagi berada di sisi kita.

5. Jangan melarikan diri daripada cinta apabila ia berada di hadapanmu. Kerana suatu masa nanti, anda pasti teringat kembali akan cinta tersebut dan menyesali perbuatanmu itu.

6. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan jiwa raga.

7. Cinta berupaya mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmah. Itulah kuasa cinta.

8. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Tetapi lebih menyakitkan apabila anda mencintai seseorang tetapi anda tidak pernah memiliki kekuatan dan keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

9. Kadangkala kamu tidak menghargai insan yang mencintamu sepenuh hati hinggalah anda kehilangannya. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna lagi kerana perginya tidak mungkin akan kembali lagi.

10. Cinta ibarat pasu antik yang sukar ditemui dan sukar untuk diperolehi. Tetapi ia cukup mudah untuk jatuh berderai sekiranya tidak dijaga dengan elok.

11. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah apabila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

12. Kejarlah cita-cita yang diimpikan sebelum mencari cinta. Apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.

13. Setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang pernah merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua yang berpeluang mengecapi bahagia.

14. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.

15. Manusia tidak jatuh di dalam cinta dan juga tidak keluar daripada cinta. Tetapi manusia tumbuh dan membesar bersama cinta.

kelebihan Ramadhan


abul-Latis meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu hurairah r.a berkata:

umatku diberi oleh Allah setiap[ bulan Ramadhan 5 macam, yang tidak diberikan kepada umat-umat terdahulu;
1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi.

2. malaikat meminta ampun untuk orang yang berpuasa sehingga berbuka

3. Penjahat penjahat syaitan dibelenggu sehingga mereka tidak berleluasa seperti biasa

4. Allah menghias syurga setiap hari, dan berfirman ;hampir para hambaku yang soleh bebas dari kaberatan dan gangguan serta kembali kepada Ku.

5. Allah mengampunkan mereka pada akhir malam Ramadhan.