Thursday, September 17, 2009

raye tibe lagi

selamat hari raya mard ucapkan kat sume
salah an silap harap dimaafi dari hujungg rambut hingga hujung kaki
mesti persiapan raye dah siap kan hatikorang sume mesti teringat kg halaman
dan sejarah silam mase kecik2.

terkenang mase kecik2 dapat duit raye, pastu rase2 tak cukup sanggup berjalan jauh g beraye umah orang bedal je masuk x knal pon wat2 knal. nak duit raye punya pasal huhuhuhuh. sanggup dr awl pagi hingaa la ke petang tak balik pon rase tak pe nak duit raye punye pasal
huhuu.
tapi raya2 gak kesihatan pon kene jage jgn nk mkn sampai tak ingat dunia..
tapi kite kene ingat org susah yang tidak berkemampuan beraye tanpa barang2 seperti kita
org2 tua yang tidak dapat kasih sayang ank2. cube kita bayangkan sejenak lau satu hari kita dah jadi tue ank2 kite yg ditatang bagai minyak yg pnuh tu hantar kita kat umah org2 tue kite beraye mcm tu per perasaan korang... secara moral yer ingat org tue dan ingat la org yng susah

ingat la org yg ter sayang.... selamat hari raya maaf zahir batin....










Friday, September 4, 2009

knaper erk sebuah percintaan
mesti mengundang kesakitan
bler cinta tak diterima
ape perasaan yg terjadi
mesti sakit kan...

mcm ne nk wat kite lebih berhati supaya ia lebih selamat??
tu la susah nk jadikn ia btul2 paham

Wednesday, September 2, 2009

rayee!!!

arghhh tension!!!!!!
raye da nk dekat
satu per pon x wat lg
baju x bli
x prepair per pon mls yerrrr
boringg yer
mlssss nk raye
tp dengar lgu raye hadoi da x tahann cedey yerrr....

Thursday, August 20, 2009

madah cinta paling hangat


Kata-kata cinta yang puitis dan indah sememangnya mampu memberikan impak kepada perhubungan yang terjalin. Walaupun ringkas, madah cinta selalunya mempunyai maksud yang mendalam apabila diperhalusi.

Jika suatu ketika dahulu kata-kata seperti HACKS (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) atau CINTA (Cinta Itu Nikmat Tapi Awas!) cukup popular di kalangan remaja yang bercinta, kini disenaraikan pula 15 madah cinta yang dikatakan paling hangat sepanjang tahun ini.

Jika anda tidak mempercayainya, apa kata kamu cuba tujukan madah-madah cinta ini kepada insan yang kamu sukai dan lihat respon yang diberikannya. Jika si dia tersenyum sambil menatap wajah anda, itu bermakna kamu berjaya menyentuh hatinya.

1. Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi ia tidak pernah berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

2. Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, kerana akhirnya anda akan catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dimindamu itu sekarang selagi dia mampu mendengar dan tersenyum kepadamu.

3. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Selepas menemui insan yang tepat itu, sudah pasti kita akan mengucapkan terima kasih di atas kurniaan yang tidak terhingga itu.

4. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak lagi berada di sisi kita.

5. Jangan melarikan diri daripada cinta apabila ia berada di hadapanmu. Kerana suatu masa nanti, anda pasti teringat kembali akan cinta tersebut dan menyesali perbuatanmu itu.

6. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan jiwa raga.

7. Cinta berupaya mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmah. Itulah kuasa cinta.

8. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Tetapi lebih menyakitkan apabila anda mencintai seseorang tetapi anda tidak pernah memiliki kekuatan dan keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

9. Kadangkala kamu tidak menghargai insan yang mencintamu sepenuh hati hinggalah anda kehilangannya. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna lagi kerana perginya tidak mungkin akan kembali lagi.

10. Cinta ibarat pasu antik yang sukar ditemui dan sukar untuk diperolehi. Tetapi ia cukup mudah untuk jatuh berderai sekiranya tidak dijaga dengan elok.

11. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah apabila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

12. Kejarlah cita-cita yang diimpikan sebelum mencari cinta. Apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.

13. Setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang pernah merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua yang berpeluang mengecapi bahagia.

14. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.

15. Manusia tidak jatuh di dalam cinta dan juga tidak keluar daripada cinta. Tetapi manusia tumbuh dan membesar bersama cinta.

kelebihan Ramadhan


abul-Latis meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu hurairah r.a berkata:

umatku diberi oleh Allah setiap[ bulan Ramadhan 5 macam, yang tidak diberikan kepada umat-umat terdahulu;
1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi.

2. malaikat meminta ampun untuk orang yang berpuasa sehingga berbuka

3. Penjahat penjahat syaitan dibelenggu sehingga mereka tidak berleluasa seperti biasa

4. Allah menghias syurga setiap hari, dan berfirman ;hampir para hambaku yang soleh bebas dari kaberatan dan gangguan serta kembali kepada Ku.

5. Allah mengampunkan mereka pada akhir malam Ramadhan.

Tuesday, August 18, 2009

antara cinta ghairah dengan cinta teman


Cinta ghairah merupakan paduan daripada keintiman dan keghairahan. Pasangan yang baru dilanda cinta akan merasakan tarikan keghairahan fisikal begitu kuat sehingga ia menjadi landasan bagi mereka berghairah apabila bertemu

Mereka yang dilamun cinta jenis ini akan mengiktiraf pasangannya sebagai yang ideal dan tidak mungkin mampu menilai secara objektif adanya kekurangan pada pasangan mereka. Mereka mengalami badai mabuk cinta atau ‘cinta buta’. Mereka merasakan cinta mereka dibalas, dihargai dan mereka dalam kedudukan saling diingini.

Tetapi berapa lama perasaan cinta ghairah ini boleh bertahan? Bagaikan pasti pasangan ini akan dihadapkan dengan kenyatan hidup yang penuh cabaran. Dunia fantasi diambil alih oleh tuntutan hidup yang mencabar.

Bagaimana pula dengan cinta teman?

Cinta teman atau companionate love merupakan intipati pertemanan yang mendalam dalam hubungan antara dua insan. Pasangan merasakan seakan ada satu ikatan pertemanan yang kuat selain dari rasa komitmen dan keintiman. Gabungan ketiga-tiga ciri ini melahirkan satu cinta romantis yang hebat.

Cinta teman rasanya lebih baik daripada cinta ghairah kerana ia memberi rasa kepuasan dan kestabilan. Cinta teman bererti sebuah cinta di mana dua pasangan itu menikmati kebersamaan. Mereka boleh ketawa dan menangis bersama, memiliki perspektif pandangan terhadap banyak perkara yang seakan-akan sama, boleh membawa sebarang topik perbincangan, pendek kata mempunyai saluran komunikasi yang baik dan berupaya menggelola konflik dengan baik untuk mereka bersama. Cinta teman bagaikan memenuhi sebuah resipi ikatan perkahwinan yang ideal.

Jika nak dibandingkan, cinta teman seakan mampu bertahan lebih lama dari cinta ghairah, tetapi bukan mudah bagi seseorang itu untuk bersua dengan cinta ini. Namun apa yang boleh dilakukan bagi mengekalkan sebuah percintaan adalah niat ikhlas daripada kedua-dua pihak.

ch3nTa??



ape pandangan korunk tentang chinta??
adakah ia dari hati ataupon sekadar keinginan tuk memiliki seseorang?
cinte perlukan pengorbanan tapi adakah ia sedar pengorbanan itu di hargai atau disia siakan?
mungkin kite perlu banyak membuat kajian tentang chinta?
adakah cinta yang lame bertahan akan bahagia??
adakah cinta yang baru berputik akan segar sentiasa??
adakah kita perlu setia dengan cinta?
apa bukti kalau kita betul2 setia dengan cinta kita?
kengkadang kite kena pikir setakat mane kebahagian cinta kita terhadap seseorang?